Penubuhan Muzium Warisan Melayu ini adalah hasil cetusan idea Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan merupakan salah satu produk utama di bawah program Edu Tourism, dimana Universiti Putra Malaysia telah terpilih sebagai universiti awam pertama yang dibuka untuk pelancong di dalam kampus. Lokasinya amat strategik iaitu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang berada di laluan ke pintu masuk UPM.
Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada bulan januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan. Kewujudan muzium ini akan membuka ruang untuk masyarakat umum mengenali dan menghayati kehebatan warisan melayu sejak zaman berzaman.
Penekanan diberikan terhadap pengumpulan dan pemuliharaan artifak dan khazanah ketamadunan bangsa Melayu sekitar Semenanjung Malaysia, meliputi :- - Seni binaan tradisional - Manuskrip Melayu - Busana dan tekstil - Senjata dan Alat Tempur - Peralatan dan Isi Rumah Melayu
Pada masa ini pihak muzium telah mengumpul dan mendokumentasikan ratusan koleksi artifak dan merancang untuk menambah koleksi ini secara berperingkat, melalui usaha muzium sendiri dan juga usahasama dengan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pemuliharaan warisan seperti Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia dan banyak lagi. koleksi-koleksi yng diikumpul akan dipelihara scara profesional dan dipamerkan untuk tujun pengajaran dan pembelajaran. pameran koleksi-koleksi tersebut bakal memberi gambaran tentang kegemilangan yang dicipta oleh orang melayu suatu masa dahulu kepada generasi hari ini.