GUIDED TOURS | MALAY HERITAGE MUSEUM
» SERVICES » GUIDED TOURS

GUIDED TOURS

Lawatan ke Muzium Warisan Melayu lebih bermakna dengan penceritaan menarik oleh jurpandu terlatih. Menerusi modul lawatan ekstensif, para pelawat akan diberikan penerangan mendalam mengenai artifak-artifak yang dipamerkan, dan juga berpeluang menyaksikan demonstrasi beberapa koleksi terpilih bagi menambah kefahaman.  Tempahan untuk sesi lawatan berpandu boleh dibuat bagi pelawat berkumpulan, disertai oleh minimum 10 orang pelawat dan maksimum 40 orang pelawat bagi satu sesi. Lawatan berpandu ini biasanya mengambil masa selama 1 jam hingga 2 jam bagi lawatan ke bahagian galeri dalam dan juga rumah-rumah tradisional Melayu.


Tempahan lawatan berpandu perlu dibuat sekurang-kurangnya DUA HARI sebelum lawatan, dengan  menghubungi pejabat urusan Muzium Warisan Melayu di talian 03-8946 8939, atau meninggalkan pesanan menerusi email kepada muziumwarisanmelayu@gmail.com

Updated:: 24/07/2018

MEDIA SHARING

C1544874054