Melayu Pertama Mengelilingi Dunia: Panglima Awang@ Enrique De Mallaca: Antara Realiti Dan Ilusi | MALAY HERITAGE MUSEUM
» ACTIVITIES » Melayu Pertama Mengelilingi Dunia: Panglima Awang@ Enrique de Mallaca: Antara Realiti dan Ilusi

ACTIVITIES

Event Title
Melayu Pertama Mengelilingi Dunia: Panglima Awang@ Enrique de Mallaca: Antara Realiti dan Ilusi
Date
29 Jul 2019 - 29 Jul 2019
Time
09.00 - 01.00
Location
MALAY HARITAGE MUSEUM, FACULTY MODERN LANGUAGE AND COMMUNICATION,UPM
Event Summary
Program ‘Bicara Ilmu: Melayu Pertama Mengelilingi Dunia: Panglima Awang Antara Realiti atau Ilusi?’ merupakan salah satu program yang dirangka oleh Muzium Warisan Melayu untuk merungkai identiti pemuda Melayu pertama yang mengelilingi dunia bersama angkatan Ferdinand Magellan pada tahun 1519-1522. Menurut dari catatan pelayaran Antonio Pigefetta. Panglima Awang atau dikenali sebagai Enrique de Malacca, atau Henry the Black merupakan seorang pemuda berketurunan Melayu yang berumur sekitar 18 tahun dan menjadi tawanan dari taklukan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Meskipun pada awalnya Enrique dibeli sebagai seorang hamba abdi oleh Magellan, namun kelebihan yang ada pada dirinya membawa kepada pelayaran beliau bersama Magellan mengelilingi dunia. Enrique bukan sahaja mempunyai kelebihan dalam pelayaran, malah beliau juga bijak berkomunikasi dan menjadi jurubahasa yang menghubungkan angkatan Magellan dengan raja di kepulauan Cebu.

Namun, setelah kematian Magellan dalam serangan yang dibuat oleh Datu Lapulapu di Pulau Mactan, kisah hidup Enrique menjadi tanda tanya dan hilang begitu sahaja. Sehubungan itu, pendedahan mengenai kewujudan Panglima Awang akan didedahkan oleh penceramah jemputan, sama ada cerita Panglima Awang itu wujud atau sekadar ilusi dalam fikiran masyarakat di Alam Melayu khususnya.



Updated:: 20/01/2020 [s.nooraisyah]

MEDIA SHARING

MALAY HERITAGE MUSEUM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698939
03-9769 3727
SXETKAH~