OUTDOOR EXHIBIT | MALAY HERITAGE MUSEUM
» PERMANENT EXHIBITION » OUTDOOR EXHIBIT

OUTDOOR EXHIBIT

PAMERAN LUAR MUZIUM WARISAN MELAYU merupakan apresiasi khas terhadap seni bina tradisional Melayu. Sebanyak empat buah rumah tradisional Melayu dihimpunkan di Kampung Warisan, dan boleh dilawati oleh pengunjung. Kesemua empat buah rumah tradisional ini merupakan rumah asal yang dibuka satu-persatu, dipindahkan dan dibina semula di sini. Empat buah rumah tersebut adalah;

1. Rumah Datuk Raja Diwangsa Muhammad Yunus bin Jabar dari Kampung Merual, Seri Menanti, Negeri Sembilan
2. Rumah Uda Noh bin Kanda Jaafar dari Kampung Pendiat, Bota Kanan, Perak
3. Rumah Hj Wan Muda bin Wan Hassan, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
4. Rumah Penghulu Ismail bin Khatib Bakar, Kampung Kelola, Jerantut, Pahang

Selain itu, terdapat juga pameran peralatan pertanian seperti mesin kipas padi, pembajak sawah, pengisar, dan perahu tradisional di bawah rumah-rumah tradisional tersebut.

Updated:: 01/02/2017

MEDIA SHARING

C1505854027