Muzium Warisan Melayu Bersama Memeriahkan Karnival EDU PARK 1.0 | MUZIUM WARISAN MELAYU
» BERITA » Muzium Warisan Melayu bersama memeriahkan Karnival eDU PARK 1.0

Muzium Warisan Melayu bersama memeriahkan Karnival eDU PARK 1.0

Serdang, 28 Mei 2016 - Muzium Warisan Melayu tidak ketinggalan memeriahkan Karnival eDU PARK 1.0 anjuran Bahagian eDU PARK, Universiti Putra Malaysia. Karnival yang diadakan bertempat di Ladang Tenusu Putra tersebut diadakan bagi memperkenalkan lokasi-lokasi pelancongan dalam kampus UPM, di bawah seliaan Bahagian eDU PARK, UPM.

Muzium Warisan Melayu telah membawakan pameran koleksi khas peralatan dan kraftangan daripada perak buatan tukang perak dari Kelantan. Kraftangan perak buatan tukang-tukang dari negeri Kelantan terkenal dengan kehalusan seni pertukangannya yang menghasilkan peralatan-peralatan seperti sudu peringatan, senduk, pembuka surat, pemberat kertas dan pelbagai jenis barang kemas. Selain melihat barangan yang dipamerkan, para pengunjung booth Muzium Warisan Melayu di Karnival eDU PARK ini juga berpeluang menyaksikan demonstrasi klinik konservasi barangan perak yang menggunakan peralatan dan bahan khas yang digunakan oleh pihak muzium.

Acara karnival yang bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara berbasikal dengan konsep Kitar Semula untuk Berbasikal (Recycle to Cycle) itu tamat pada jam 1.00 tengahari dengan memberikan pengalaman mengujakan buat para pengunjung yang mengunjungi Ladang Tenusu Putra pada hari tersebut. Semoga akan ada Karnival eDU PARK 2.0 pula di masa akan datang.

 

 

Pahlawan Melayu berkuda sebagai utusan menyempurnakan gimik perasmian Karnival eDU PARK 1.0

 

 

Booth pameran Muzium Warisan Melayu sewaktu lawatan tetamu kehormat diiringi Profesor Datin Padukanaib Canselor UPM

 

 

Karnival eDU PARK 1.0

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 21/06/2017 | khairulnishak

PERKONGSIAN MEDIA

MUZIUM WARISAN MELAYU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698939
03-9769 3727
SXEUDAA~